Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan
(Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan
pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll.
Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
- Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan
data.
- Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
- Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih
pencetak.
- Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
- Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang
dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab
permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian
Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware,
Windows NT, UNIX
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
- Semua komponen( client/ network/ server) kerja
serentak.
- Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di
lakukan.
|
- Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer
pelayan.
- Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk
menjamin keberkesanan sistem.
- Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada
pelayan.
|
2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan
perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh
NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows
98.
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
- Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya
perlu configurasi untuk peer to peer.
- Sesuai untuk organisasi yang kecil.
|
- Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian
applikasi.
- Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
- Lambat berbanding dengan sistem client-server.
|
B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A.
64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive,
Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16
bit 3D2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM,
540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad
Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit
3D.3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka
Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke
rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis
NIC.
- Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
10Base (RM 120)
- Token Ring Card
- LocalTalk Connector
4.
Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah
perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan
kemampuannya.
| Bil |
Jenis Kabel
|
Keserasian
|
|
Ethernet
|
Token Ring
|
Arcnet
|
FDDI
|
| I |
Coaxial |
Ya |
Tidak |
Ya |
Tidak |
| II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
Ya |
Ya |
Ya |
Tidak |
| III |
Unshieled Twisted Pair
(UTP) |
Tidak |
Ya |
Ya |
Tidak |
| IV |
Fiber Optic |
Tidak |
Ya |
Ya |
Ya |
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
| Bil |
Jenis Kabel
|
Kecekapan
|
|
Kelajuan
|
Ketahanan
|
Harga
|
| I |
Coaxial |
Cepat |
Lebih Baik |
Sedang |
| II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
Lebih cepat |
Baik |
Rendah |
| III |
Unshieled Twisted Pair
(UTP) |
Dapat diterima |
Terpengaruh oleh interferen
elektromagnetik |
Terendah |
| IV |
Fiber Optic
|
Paling laju |
Kebal terharap interferen
elektromagnetik |
Tertinggi |
Jadual Kecekapan Kabel
|
|
Jenis Kabel
|
Jenis Soket
|
| I |
Coaxial |
BNC dan BNC
T-Connector |
| II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
RJ-45 |
| III |
Unshieled Twisted Pair
(UTP) |
RJ-45 |
| IV |
Fiber Optic |
ST Connector, SC
Connector |
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar
dan masukkan
wayar ke dalam soket.
b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan
wayar.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi
gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama
lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer
buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant)
yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan
rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak
(roaming).
Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih
daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang
mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan
perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless
adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware,
LANtastic)5. Sistem Operasi Rangkaian /Network
Operating Syatem(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
- Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
- Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara
workstation.
- Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang
berbeza(tidak selasi)
- Mengelola permintaan layanan printer.
- Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna
rangkaian.
- Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi
jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups,
Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang
(Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam
rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports
(RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge
perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway
perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan
perisian.8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara
rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua
rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
- Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
- Menghanter maklumat di antara dua protocols atau
rangkaian.
- Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang
berlainan.
- Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang
berbeza.
9. Perisian aplikasi
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama
dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian
aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN
Jenis-jenis Topologi Fizikal
- Bas (Linear Bus)
- Bintang (Star)
- Cincin (Star-wired Ring)
- Tree
i. Bas
(Linear Bus)
Semua nod (file server,
workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone)
secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui
semua nod pada kabel tersebut.
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa
mengganggu operasi yang telah dijalankan.
- Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
- Murah.
- Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
|
- Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya
bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
- Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang
belakang .
- Sukar mengesan kerosakan.
- Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
- Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran
(collision) data
|
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC
Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star)
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat
akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi
dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah
komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada
komputer pelayan selepas melalui hab.
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian
semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
- Tiada perlanggaran (collision) data.
- Mudah untuk mengesan kerosakan .
- Mudah dikembangkan.
|
- Penggunaan banyak kabel.
- Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya
tidak dapat berfungsi.
- Lebih mahal berbanding dengan linear bus.
|
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports
,
Ethernet Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah
secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan.
Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala
jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke
destinasinya.
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Penghantaran data laju.
- Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
- Masa untuk mengakses data optimal.
- Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran
(collision) data
|
- Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat
berfungsi.
- Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
- Sukar mengesan punca kerosakan.
|
Jenis NIC : Token Ring Card
Kabel: Twisted- pair
Connector: RJ-45,
Protocol: Token Ring
Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar
maklumat
melalui cincin
(Ring)
iv. Tree
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di
mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
|
Kelebihan
|
Kelemahan
|
- Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk
bahagian idividu
- Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan
perisian.
|
- Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang
digunakan.
- Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan
bahagian lain.
- Sukar dalam configurasi dan pendawaian
|
Jenis NIC : Ethernet Card,
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup
Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan
berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh
organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding
dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi
keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.
Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha
kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN
jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem
rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang
terbaik buat masa kini.